fbpx

Isteri ‘misali’ janji hadiahkan PS5 jika suami hilang 10kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prab berjaya mengurangkan 10kg berat badannya selepas menyahut cabaran isterinya yang menjanjikan ganjaran Ps5. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki di Bangkok, Thailand sanggup berdiet dan menurunkan berat badan selepas isterinya menjanjikan ganjaran berupa permainan video Playstation 5 (PS5), lapor laman Thaiger kelmarin.

Lelaki bernama Prab itu berkongsi perjalanannya mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) demi PS5 di laman Facebook.

Prab menyahut cabaran isterinya dan mengikuti pelan diet popular iaitu puasa berkala atau ‘intermittent fasting’ selama empat bulan.

‘Intermittent fasting’ adalah diet yang menggabungkan konsep puasa dan makanan sihat untuk menguruskan badan dengan cepat.

Dia juga berkongsi petua ‘intermittent fasting’ kepada  orang lain yang ingin mengecilkan saiz perut mereka.

“Mulakan dari pukul 4 petang hingga 8 pagi esok kemudian secara beransur-ansur kurangkan masa makan kepada pukul 6 petang hingga 6 pagi keesokannya dan berakhir dengan fasa mula berpuasa pada pukul 8 malam hingga pukul 4 pagi esoknya.

Prab mengesyorkan agar orang ramai bersenam dengan berselang seli antara latihan kardiovaskular  dan kekuatan. 

Selain itu, dia mengesyorkan agar mereka yang mahu hilangkan berat badan untuk  memakan hidangan Keto sebanyak 80 peratus dan 20 peratus lagi adalah bebas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI