fbpx

Hoki SOJC: Akhirnya Malaysia raih mata pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Malaysia, Sahran Zulhanif membawa bola walaupun cuba dihambat oleh pemain Jepun Shota Nomura pada Kejohanan SOJC di Stadium Hoki Johor Bahru, Taman Daya, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Setelah mengharungi empat kekalahan, akhirnya pasukan remaja negara mengutip mata pertama apabila berkongsi mata dengan Jepun 2-2 pada kejohanan hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10 di Stadium Hoki Taman Daya, malam ini.

Keputusan itu menutup peluang buat Jepun untuk beraksi di pentas akhir buat pertama kali dalam lima penampilan dalam SOJC.

Pada awal permainan, pasukan kendalian Muhammad Amin Rahim mempamerkan corak lebih teratur dan tenang tanpa tekanan setelah sebarang keputusan tidak mengubah kedudukan yang berada di tangga tercorot.

Pada suku kedua, Jepun menguasai permainan namun tidak berupaya menembusi benteng pertahanan pasukan negara yang bijak mematahkan asakan pihak menyelinap ke kotak penalti.

Prestasi konsisten yang dipamerkan pada separuh masa pertama itu menyaksikan Jepun gagal merekodkan percubaan ke arah gol.

Gol yang diburu pasukan kendalian Hiroki Watanabe akhirnya menjelma hasil jaringan Masato Kobayashi menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-34.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan remaja Malaysia bangkit apabila Muhammad Amirul Hanif Mamat dan Shahmie Irfan Suhaimi masing-masing meledak satu gol pada minit ke-39 dan ke-43 menerusi pukulan sudut penalti.

Jepun cuba bangkit untuk mencipta kemenangan namun hanya mampu mengutip satu mata sahaja apabila jaringan ketua pasukan, Ikumi Saeki menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-47 untuk seri 2-2.

Pada perlawanan terdahulu, India mempamer kebangkitan untuk mengikat Great Britain 5-5 bagi menghidupkan peluang beraksi di pentas akhir.

Pada 10 minit terakhir permainan, Amandeep dan Hundal Araijeet Singh masing-masing menjaringkan satu gol padang bagi mengikat kedudukan setelah ketinggalan 3-1.

Jamie Golden menjaringkan dua gol padang pada minit ke-54 dan ke-56 untuk memberi kelebihan kepada Great Britain.

Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Sharda Nand Tiwari muncul penyelamat India dengan memanfaatkan peluang pukulan sudut penalti bagi mencipta jaringan.

India perlu berharap Afrika Selatan tewas pada perlawanan terakhir menentang Australia sekali gus menghidupkan peluang untuk layak ke perlawanan akhir.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI