fbpx

Harimau Selatan raih menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKHYAR meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu JDT membelasah PJ City 4-0 pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium MBPJ kelmarin. – SHIDDIEQIIN ZON

JARINGAN awal menjadi titik tolak buat Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas Petaling Jaya City (PJ City) pada aksi pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya ­Petaling Jaya (MBPJ) malam kelmarin.

Pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio nyata puas dengan komitmen dipamerkan pemain yang diturunkan dan kemenangan besar itu membuktikan JDT tidak terlalu bergantung kepada mesin gol, Bergson Da Silva.

“Pemain menunjukkan ke­sungguhan dan mereka sudah buktikan yang mereka patut diturunkan pada perlawanan ini. Perubahan ini bukan bermakna ia perlawanan mudah.

“Sebaliknya, mentaliti pemain begitu tinggi untuk dapatkan kemenangan hingga berjaya meledak gol awal. Di kelab ini, kami tidak terlalu bergantung kepada mana-mana pemain tertentu,” katanya.

Kesemua jaringan JDT dihasilkan pemain pertahanan, Shahrul Saad, Safawi Rasid dan dua pemain gantian, Akhyar Rashid serta Fernando Forestieri.

Bagaimanapun, Bidoglio sentiasa mengingatkan anak-anak buahnya bahawa kemenangan itu bukan ‘lesen’ untuknya menurunkan ‘skuad kedua’ bagi menghadapi aksi timbal balik Isnin depan.

Bidoglio berpendapat, semua pemain masih memiliki peluang untuk bermain dan segala keputusan hanya akan ditentukan selepas membuat penilaian sepanjang latihan.

“Tentang perkara itu, saya belum fikir lagi dan semuanya akan dibuat selepas saya melihat komitmen pemain dalam latihan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI