PETALING JAYA – Kehadiran penyanyi, Calum Scott menaiki kapal terbang Air Asia di kelas ekonomi menuju ke Kuala Lumpur membuatkan penumpang lain teruja dan tidak keruan.
Menerusi perkongsian video daripada TikTok @letterse yang memaparkan seorang pramugari mengumumkan kehadiran penyanyi asal Britain itu kepada penumpang.
Penyanyi tersebut kemudiannya dilihat menyanyikan sebaris lirik lagu popularnya iaitu ‘You Are The Reason’.
Setakat ini, video tersebut meraih lebih 90,000 tontonan dengan lebih 19,000 tanda suka.
Susulan video tersebut tular di TikTok, rata-rata netizen turut sama menzahirkan rasa teruja dan cemburu dengan penumpang yang berpeluang melihat penyanyi tampan itu secara langsung.
“Beruntungnya awak, saya berharap akan jumpa dia depan-depan suatu hari nanti. Saya pun pergi konsert dia,” komen seorang netizen.
“Untunglah siapa yang pergi tengok konsert dia ni, untung lagi yang dapat tengok konsert percuma dalam kapal terbang,” tulis seorang netizen lagi.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa penyanyi tersebut sangat merendah diri kerana hanya menaiki kapal terbang di kelas ekonomi.
“Wah, Calum naik Air Asia je weh! sangat ‘humble’ dan tidak sombong,” komen seorang netizen.
“Sikap rendah diri Calum Scott wajar dicontohi walaupun terkenal, tapi tidak meletakkan diva dalam dirinya,” komen netizen yang lainnya.
Untuk rekod, Calum Scott pernah berkolaborasi dengan artis tempatan iaitu Diana Danielle menerusi lagu berjudul ‘Heaven’. – KOSMO! ONLINE