fbpx

Amukan gajah bikin penduduk tak tidur lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMAH (kanan) dan Suriati melihat pokok-pokok pisang yang dimusnahkan sekumpulan gajah liar di Kampung Basong, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Kira-kira 44,400 penduduk Kampung Basong di sini hidup dalam ketakutan dan tidak dapat tidur nyenyak setiap malam apabila sekumpulan gajah liar mula memasuki kawasan perumahan mereka sejak kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, puluhan pokok pisang dan tanaman lain yang ditanam di depan rumah penduduk musnah akibat dikerjakan haiwan liar berke­naan.

Seorang penduduk, Timah Sulong, 71, berkata, tindakan ganas sekumpulan 10 ekor gajah liar itu turut merosakkan paip air milik mereka.

Katanya, dalam kejadian kelmarin, dia dan anaknya, Saadiah Abdul Kadir, 29, terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising di luar rumah.

“Terkejut kami apabila melihat kira-kira 10 ekor gajah memusnahkan satu persatu pokok pisang, petola dan kacang botol di depan rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Basong di sini semalam.

Timah memberitahu, kejadian itu amat menakutkan mereka ke­rana ini kali pertama gajah liar tersebut berani memasuki kawasan perumahan penduduk.

Ujarnya, sebelum ini gajah itu hanya menceroboh kawasan kebun kelapa sawit dan pisang mereka.

“Sekumpulan gajah liar ini turut mengamuk di hadapan rumah saya selama kira-kira sete­ngah jam sebelum beredar ke kediaman penduduk lain pula,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Suriati Kasim, 40, memberitahu, paip air yang terletak di hadapan rumahnya juga rosak akibat dilibas belalai gajah.

“Kebetulan ketika gajah men­ceroboh kampung kami pada tengah malam, suami be­kerja malam, saya dan dua anak yang berusia tiga serta lapan tahun berada di rumah.

“Gajah-gajah itu kemudian beredar memasuki kawasan hutan berhampiran pada pukul 6.30 pagi,” ujarnya.

Justeru, penduduk berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera kerana sekumpulan gajah terbabit kini semakin ganas. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI