fbpx

Amaran ribut petir di 12 buah negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 12 negeri berdepan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran ribut petir itu melibatkan seluruh Perlis, Kedah, Pahang dan Labuan.

Katanya, amaran sama juga dikeluarkan di beberapa daerah di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Bagi Pulau Pinang hujan lebat dijangka melanda Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara di Kelantan cuaca sama diramal berlaku di Jeli dan Gua Musang dan Selangor di Hulu Selangor. Selain itu hujan lebat serta angin kencang dijangka turut berlaku di Negeri Sembilan iaitu di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Bagi Johor amaran ribut petir dikeluarkan di Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,”  kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, bagi Sabah ribut petir dan hujan lebat dijangka melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

“Sementara di Sarawak kawasan terlibat adalah Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI