fbpx

Wanita obses dengan piza pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUPPARI berjaya mengumpulkan 669 item memorabilia piza. - Instagram/telinacuppari

WASHINGTON – Seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) memecah Guinness World Records apabila mengumpulkan item memorabilia piza paling banyak di dunia, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Telina Cuppari, 42, yang turut dikenali sebagai ‘Gadis Piza’ telah mengumpul 669 memorabilia piza termasuk sofa, pakaian, anting-anting, rantai, mainan, piza Pez (sejenis makanan ringan) dan stoking.

Cuppari memberitahu laman berita NJ.com bahawa dia mula mengumpul memorabilia dan pakaian piza selepas berpindah ke negeri New Jersey pada 2012.

“Saya berpendapat ia menyeronokkan untuk dipakai apabila saya keluar dan makan piza.

“Saya juga menerima begitu banyak pujian sehingga mula membeli aksesori piza dan sejak itu, saya terus mengumpul lebih banyak barangan dan menjadi ‘Gadis Piza’,” katanya.

Menurut Cuppari, hidangan itu sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

“Kami makan begitu banyak piza di rumah ketika membesar selain pernah memberi hadiah Krismas kepada lelaki penghantar piza setiap tahun. Saya sentiasa terpesona dengan pelbagai jenis piza dari seluruh dunia,” ujarnya.

Dalam usaha memecah Guinness World Records, Cuppari berkata, dia perlu menyerahkan senarai terperinci mengenai semua memorabilia berkaitan piza dan mendokumentasikannya dalam video selain mengumpul kenyataan saksi.

Cuppari menyerahkan permohonannya pada Disember lalu sebelum mengalahkan pemegang rekod sebelumnya pada Ogos lalu dengan memiliki 100 item lebih banyak daripada individu tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI