fbpx

Senarai calon BN Melaka bocor, mungkin tak betul – Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf (dua dari kanan) pada Majlis Perasmian Pejabat Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang disempurnakan Sulaiman (tiga dari kiri) di Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menegaskan senarai nama calon bagi enam kerusi Parlimen negeri ini yang tular sejak semalam adalah tidak benar dan hanya spekulasi politik.

Katanya, setakat ini senarai calon masih belum dimuktamadkan lagi oleh pihak ibu pejabat.

“Mungkin (ada nama yang) betul mungkin tak betul tetapi saya bagi pihak badan perhubungan tidak mengesahkan bahawa itu adalah calon-calon yang diputuskan.

“(Setakat ini) belum ada lagi keputusan rasmi daripada pihak ibu pejabat dan saya akan mengikut apa juga keputusan daripada ibu pejabat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pejabat Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, di sini, hari ini.

Sejak semalam tular di aplikasi WhatsApp satu dokumen senarai enam nama calon parlimen termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai calon Parlimen Masjid Tanah, manakala Pengerusi MCA negeri, Datuk Lim Ban Hong di Parlimen Alor Gajah dan Crony Chew calon Parlimen Kota Melaka.

Timbalan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohamed Ali Mohamad pula disenaraikan sebagai calon Parlimen Tangga Batu dan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali bagi bagi Parlimen Hang Tuah Jaya diikuti Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan calon Parlimen Jasin.

Mengulas lanjut beliau berkata, BN negeri sebelum ini telah menghantar lebih 30 nama calon untuk dipertimbangkan.

Ujarnya, bagaimanapun terdapat nama yang tidak pernah dihantar termasuk dalam senarai calon tular itu.

“Nama-nama disiarkan itu saya mengambil pendekatan melihatnya sebagai spekulasi, yang mana kita telah hantar lebih 30 nama dan ada yang termasuk, ada tidak,”tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI