fbpx

PRU15: Peja tidak terkejut PKR calonkan Nik Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal bercakap kepada pemberita selepas perasmian penutup sempena Forum Eksekutif Muda Global Tahun 2022 (FEMG'22) di Hotel Marriot, Putrajaya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terkejut dengan sikap kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) termasuk keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan calon parti sekutunya bertanding atas tiket PKR.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Bersatu pernah bersama PH dan sangat mengenali sikap PKR, Amanah dan DAP.

“Pengalaman saya dalam PH, begitulah. Apabila duduk berbincang mengenai manifesto manakala Amanah, PKR dan Bersatu tidak bersetuju sesuatu perkara tetapi DAP masukkan juga dalam manifesto sebelum mencetaknya.

“Sekarang ini, saya nampak perangai untuk segera mencalonkan seseorang bagi mewakili parti berkenaan (PKR) bukannya terlalu fikirkan rakyat tetapi diri sendiri dan PKR. Itu budaya mereka dan tidak terkejut dengan sikap sedemikian,” katanya semalam.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Majlis Penutup Forum Eksekutif Muda Global Tahun 2022 (FEMG22) di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh individu daripada pelbagai latar belakang termasuk anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang juga pemimpin Amanah.

Nik Omar yang dipertaruhkan bertanding di Perak, sebelum ini pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket PKR, namun tewas.

Mengulas mengenai keputusan Anwar bertanding di Tambun, Ahmad Faizal berkata, beliau penyandang Parlimen Tambun tidak gentar malah Malaysia mempunyai demokrasi maka sekiranya bekas Presiden Amerika, Barrack Obama layak bertanding, sudah pasti Perikatan Nasional (PN) akan lawan.

“Apa yang penting, bukan Anwar atau Peja (Ahmad Faizal) tetapi rakyat.

“Jika PKR bawa Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Saya pula, membawa diri sebagai anak tempatan yang berkhidmat untuk rakyat. Saya tidak akan lari dan akan kekal di situ walau badai taufan melanda,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Anwar bahawa dirinya sembilan tahun tinggal di Perak termasuklah selama tujuh tahun ketika belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan dua tahun ditahan di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Ahmad Faizal secara tersenyum menegaskan itu tidak menunjukkan seseorang itu menjadi anak kelahiran Tambun ataupun Perak.

“Ramai yang belajar di Amerika Syarikat (AS) dan ada yang masuk Guantamao Bay (Kem tahanan di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo).

“Tetapi mereka ini tidak menjadi rakyat Amerika pun. Akai ada ka,” katanya secara sinis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI