fbpx

Piala Malaysia: KL City menang mudah atas PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco (kanan) mengasak Pemain PDRM FC, Milos Lacny pada perlawanan TM Piala Malaysia 2022 PDRM FC menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

JUARA bertahan, Kuala Lumpur City menempah laluan cukup selesa untuk mengesahkan slot suku akhir Piala Malaysia apabila menewaskan PDRM FC 3-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pada perlawanan ini, Bojan Hodak melakukan enam pertukaran pemain dalam kesebelasan utama namun keputusan itu seakan tidak beri kesan besar terhadap corak permainan KL City.

Peluang terbaik skuad The City Boys hadir pada minit ke-35 sebaliknya tampanan jarak dekat Jordan Mintah berjaya dihalang penjaga gol PDRM, Firdaus Irman Mohd Fadhil dan selang tiga minit selepas itu, giliran The Cops kecewa apabila percubaan penyerang importnya, Milos Lacny serong di sebelah kiri gawang KL City.

Hasrat KL City untuk memasuki bilik persalinan dengan kelebihan satu gol akhirnya terlaksana hasil ledakan Romel Morales pada masa kecederaan.

KL City menyambung babak kedua dengan lebih garang hingga memaksa PDRM lebih banyak beri perhatian kepada tugasan bertahan.

Selepas dimasukkan bagi menggantikan Zhafri Yahya pada minit ke-61, Paulo Josue tidak menunggu lama dan hanya memerlukan enam minit untuk menyumbangkan gol kedua buat KL City.

Minit ke-79, kaki kiri Josue nyata begitu berbisa apabila menghasilkan umpanan berkualiti tinggi yang disempurnalan oleh Morales sekaligus meletakkan KL City makin selesa untuk melangkah ke suku akhir.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan kedua, Selasa ini di venue sama dan pemenang perlawanan ini akan menanti Sri Pahang atau pun Terengganu di suku akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI