fbpx

Pertama kali orang sesat di Gua Tempurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN kru penggambaran filem yang terperangkap di Gua Tempurung, Gopeng berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat kelmarin.- IHSAN PDRM

GOPENG – Insiden 30 kru penggambaran terperangkap di kawasan hutan berhampiran pintu belakang Gua Tempurung kelmarin hanyalah disebabkan panik dan tiada perkara serius.

Menurut Eksekutif Pentadbiran Gua Tempurung, Norhayati Mohamad Yusop, kesemua kru tersebut menjalani penggambaran di pintu belakang Gua Tempurung yang mana ia hanya boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Dia berkata, mereka ke lokasi penggambaran menggunakan jalan kampung, sebelum melalui anak sungai menggunakan ken­deraan 4WD.

“Lokasi dituju itu pula kawasan kering, namun hujan lebat semalam menyebabkan air sungai tersebut naik dan pihak produksi bimbang serta berasa cemas untuk pulang ke jalan utama selepas sesi penggambaran selesai kerana mereka harus menempuh anak sungai tersebut.

“Kru penggambaran itu cemas lalu menghubungi Talian Kecemasan Negara 999, menyebabkan anggota penyelamat dari beberapa balai bomba tiba di lokasi berkenaan.

“Mereka ditemui di luar gua, bukan terperangkap di dalamnya sebagaimana dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

KEJADIAN kru penggambaran filem terperangkap akibat hujan lebat pertama kali berlaku di Gua Tempurung kelmarin.

Media kelmarin melaporkan seramai 30 daripada 80 kru penggambaran filem Bursting Point terperangkap di Gua Tempurung selepas kawasan tersebut dinaiki air.

Pada masa sama, Norhayati berkata, kru penggambaran tersebut telah berada di sana sejak awal bulan ini sehinggalah awal bulan depan, dengan Gua Tempurung ditutup ketika ini kepada umum bagi tujuan tersebut.

“Pelbagai langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan keselamatan mereka, ­antaranya menggunakan khidmat Angkatan Pertahanan Awam Kampar selain renjer gua kami bersedia di lokasi,” katanya.

Tambahnya, pihaknya sentiasa memantau kawasan laluan air bagi pelancong yang ingin melakukan aktiviti air berkenaan dan menutupnya sekiranya kea­daan tidak mengizinkan untuk kunjungan orang ramai.

Katanya, masa kemasukan yang dibenarkan bagi melakukan aktiviti air (wet tour) di Gua Tempurung hanyalah dari pukul 9 hingga 10.30 pagi.

“Setiap hari, ketua renjer kami akan masuk dahulu ke laluan untuk memantau dan memastikan tahap paras air di dalam gua sesuai dan selamat untuk dilalui semua,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI