fbpx

Pengurus Prap FC kongsi rahsia menang Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pemenang hadiah mingguan Liga Fantasi Kosmo bagi GW12.
OMAR

Daftar pasukan kedua buahkan hasil lumayan

PELABURAN pengurus, Omar Noorrashid untuk mendaftarkan pasukan kedua pada Liga Fantasi Kosmo! nyata menjadi apabila berjaya muncul sebagai pemenang mingguan buat kali ketiga.

Selepas perlis fc pernah memenangi hadiah mingguan sebanyak dua kali, kini giliran pa­sukan kedua, Perlis United Club terpilih sebagai pemenang.

“Daripada apa yang saya te­ngok, masih ada pasukan lain yang merekodkan mata lebih tinggi daripada pasukan saya. Tetapi mungkin ini rezeki saya untuk menang buat kali ketiga.

“Sudah pasti saya gembira dan juga rasa teruja apabila kali ini giliran Perlis United Club muncul pemenang mingguan. Apa pun, keputusan saya untuk mendaf­tarkan pasukan kedua sudah pun membuahkan hasil.

“Saya puas apabila menang perlawanan mingguan lebih daripada sekali. Yuran pendaftaran pun sudah dapat balik dan kemenangan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk cuba me­rebut kejayaan pada minggu akan datang,” katanya.

 

MOHAMMAD AMIRRUL

Pengalaman 10 tahun jadi taruhan

RANCANGAN teliti setiap minggu membawa tuah ke­pada Mohammad Amirrul Ahmad Mokthar untuk muncul sebagai pemenang ter­tinggi Liga Fantasi Kosmo!.

Pengalaman 10 tahun dalam Fantasy Premier Lea­gue (FPL) tidak memberi masalah kepada Amirul untuk mencongak strategi permainan sekali gus bertekad untuk memburu mata tertinggi.

“Ini kali kedua saya sertai Liga Fantasi Kosmo! dan saya akui bukan mudah untuk berada di tangga teratas carta mingguan atau keseluruhan.

“Jadi percaturan pemilihan pemain haruslah dibuat dengan baik sekiranya tidak ketinggalan dalam carta. Macam saya, adalah fokus adalah untuk memburu mata keseluruhan jadi tidak boleh tukar pemain terlalu ramai.

“Untuk minggu lalu, saya menggunakan cip ‘Free Hit’, jadi sedikit sebanyak membantu saya mengatur strategi permainan,” katanya.

 

SYAHRIL

Prap FC kongsi rahsia kemenangan GW12

PENGURUS pasukan PRAP FC, Syahril Azmy Isa berkongsi rahsia kejayaannya berjaya memenangi mata mingguan tertinggi buat kali kedua dalam penyertaan saingan Liga Fantasi Kosmo!.

Bagi Syahril, dia tidak ter­buru-buru dalam membuat keputusan, sebaliknya merencana strategi untuk tiga perlawanan seterusnya dengan membuat kajian untuk setiap gerakan.

“Saya banyak rujuk kepada YouTube, podcast (audio siar) dan kadang-kadang ada lihat sidang akhbar sehari sebelum perlawanan untuk dapatkan maklumat terkini setiap pasukan.

“Kadang-kadang ada berlakunya perubahaan saat akhir contohnya pemain alami kecede­raan. Rugi kalau kita dah transfer awal dan terpaksa tukar semula ganti pemain lain.

“Cara saya adalah saya fikir tiga perlawanan ke hadapan untuk cuba kekalkan pungutan mata. Saya cuba juga kelainan dengan letak (Wilfried) Zaha sebagai kapten,” jelasnya.

 

ALI

Kekal setia jadikan Haaland kapten Republik Sg.Buloh

SETIA mempertaruhkan Erling Haaland sebagai kapten pasukan merupakan satu tindakan tepat buat pengurus FPL, Ali Ahmad apabila menjadi antara lima pemenang mata tertinggi mingguan Liga Fantasi Kosmo! 2022/23.

Katanya, prestasi memukau Haaland pada setiap minggu memberi keyakinan kepadanya untuk mengumpul mata ter­tinggi.

“Ini kali pertama saya sertai Liga Fantasi Kosmo! kerana terlihat iklan yang dibuat dalam keratan akhbar. Memang tak jangka mampu menjadi antara mata tertinggi mingguan minggu lalu.

“Kalau ikut strategi saya, pe­rancangan saat-saat akhir adalah terbaik kerana ketika itu kita dapat melihat pemain yang benar-benar cergas untuk diturunkan.

“Macam minggu lepas, banyak pemain tak dapat diturunkan jadi cip ‘Free Hit’ adalah pilihan terbaik. Mungkin pemilihan kapten pasukan, Haaland membantu meraih mata tertinggi,” katanya.

 

MOHD. FAUZEE

Nikmati kemenangan selepas 10 percubaan

HASRAT untuk meraih an­tara mata mingguan tertinggi Liga Fantasi Kosmo! akhirnya tercapai bagi Mohd. Fauzee Mohammad Fadeli untuk saingan minggu ke-12 (GW12).

Pengurus pasukan Ku­cing Mentel FC itu terpaksa berkorban dengan menolak lebih daripada 30 mata semata-mata merombak senarai pemainnya disebabkan tiada aksi membabitkan Arsenal dan Manchester City.

Ternyata, ia membuahkan hasil apabila taktikal lima pertahanan daripada dua pasukan dan penjaga gol Liver­pool iaitu Alisson me­raih mata maksimum.

“Saya guna tiga pertahanan Newcastle (United), dua pertahanan Liverpool dan Alisson. Lagi menjadi apabila saya letak (Kieran) Trippier sebagai kapten.

“Saya cuba taktikal permainan habis awal dan benteng kebal. Percubaan kali ke-10 barulah menjadi, mungkin sebab sebelum ini pertahanan Liverpool asyik bolos,” kata pengurus dari Klang, Selangor itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI