fbpx

Mercedes bangunkan jentera baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA W13 Mercedes musim ini tidak berada pada tahap terbaik terutama mengenai isu aerodinamik. – AFP

LONDON – Mercedes bersedia untuk merombak semula pelan pembangunan jentera mereka menjelang saingan perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2023.

Mercedes menjelaskan ‘DNA’ pada jentera mereka musim ini akan berubah selepas pasukan yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom tersebut gagal meraih sebarang kemenangan pada kempen kali ini.

Ketika ini, Mercedes hanya mempunyai peluang pada baki tiga perlumbaan lagi untuk mengelak musim tanpa kemenangan pertama mereka dalam tempoh 11 tahun selepas bergelut untuk bersaing dengan Red Bull dan Ferrari.

Prinsipal pasukan, Toto Wolff menegaskan, reka bentuk casis jentera mereka akan berlaku perubahan.

“Apa yang pasti DNA jentera W13 akan berubah untuk tahun depan dan perkara itu jelas. Reka bentuk jentera juga akan ber­ubah,” tegas Wolff.

Meskipun Mercedes melakukan beberapa perubahan, namun tindakan tersebut serba tidak menjadi dan ketinggalan agak jauh dengan kemajuan yang dilakar pasukan Red Bull dan Ferrari.

Mereka dikatakan berdepan masalah aerodinamik pada ­jentera W13 hingga menyebabkan jentera tidak stabil ketika memecut di laluan lurus.

Keadaan tersebut menyebabkan lantunan hingga timbul masalah seretan. Kemelut tersebut menyebabkan Lewis Hamilton gagal mendapatkan rentak terbaik bersama Mercedes.

Justeru, Hamilton berharap pasukannya dapat melakukan sesuatu dan perubahan pada jentera musim depan.

“Kami hilang banyak masa di laluan lurus. Jadi, masalah seperti ini perlu diselesaikan sebelum 2023,” ujar Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN