KUALA LUMPUR – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menerusi anak syarikatnya KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. meraikan seramai 15 pemenang kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ di ibu negara hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, seramai 15 pemenang bertuah tersebut dipilih sebagai pemenang kempen itu yang dijalankan dari 1 Julai hingga 30 September lalu.
“Kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ adalah inisiatif yang diambil bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam dan luar negara.
“Seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.
“Peralihan ke fasa endemik memberikan harapan baharu terhadap sektor perniagaan lebih-lebih lagi industri pelancongan yang teruk terkesan sewaktu pandemik Covid-19
melanda dunia,” katanya.
Dalam majlis itu, pemenang-pemenang diminta mencabut sendiri hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM15,000 yang ditawarkan.
Antara hadiah dibawa pulang oleh pemenang percutian ke Langkawi, tiket ke taman tema Sky World Genting, pakej pelancongan ke Krabi serta pelbagai lagi hadiah menarik lain.
KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. Salah satu agensi pelancongan yang menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian orang ramai. – KOSMO! ONLINE