fbpx

Keluar penjara, Ha-na jauhi dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWANG HA-NA

SELEPAS dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun akibat penyalahgunaan dadah, Hwang Ha-na kini sudah bebas dan memilih untuk menetap di Pulau Jeju.

Kini, dia tinggal bersama ayah, ibu tiri dan neneknya yang menderita penyakit Alzheimer di dalam sebuah campervan.

Menurut Ha-na, dia tidak akan kembali mengambil dadah yang telah menjejaskan penampilan dirinya.

“Saya nekad akan menjauhi dadah kerana gigi saya sudah mula rosak. Begitu juga dengan muka dan kulit saya.

“Awalnya saya hanya mahu mencuba dan tiba-tiba orang yang mengambil dadah turut mendekati saya.

“Saya takut ditangkap tetapi masih mengambil dadah. Hanya dua cara untuk mengakhirinya sama ada bunuh diri atau hukuman penjara,” ujarnya.

Sebelum ini, Ha-na dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan menggunakan dadah jenis methamphetamine bersama kenalan dan bekas kekasihnya, penyanyi Park Yoo-chun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI