fbpx

Hari-hari terperangkap 3 jam di Persiaran Mokhtar Dahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALUAN sepanjang tiga kilometer di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam yang sesak sejak dua minggu lalu.

SHAH ALAM – Lebih 100,000 pengguna laluan Persiaran Mokhtar Dahari di sini, memohon pihak berwajib melebarkan jalan sedia ada yang sesak teruk pada waktu puncak sejak dua minggu lalu.

Kesesakan lebih tiga kilometer (km) itu didakwa berpunca daripada kekurangan lorong kende­raan dan laluan sedia ada tidak lagi mampu menampung aliran tinggi trafik.

Keadaan itu menyebabkan penduduk terutama di Alam Budiman, Kampung Meru dan Puncak Alam terpaksa menempuh kesesakan hampir sejam berbanding hanya lima minit untuk jarak tersebut sebelum ini.

Seorang pengguna, Mohd. Marzuki Abdullah, 48, berkata, dia menggunakan laluan itu setiap hari sejak menetap di Alam Budiman pada 2009.

“Selain pergi bekerja, ia menjadi satu-satunya laluan untuk saya menghantar anak ke sekolah berdekatan.

“Namun, jalan itu sejak kebelakangan ini semakin sesak tanpa mengira hari sehingga memaksa saya bertolak lebih awal berbanding biasa,” katanya ketika ditemui di lokasi itu semalam.

Menurutnya, kesesakan bermula pukul 6.30 pagi hingga 9 pagi dan 5.30 petang hingga 9 malam sehingga ada pengguna turut terlewat menghantar anak ke sekolah.

Bagi Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman, Badrulhisham Shahbudin, 53, peningkatan jumlah kenderaan antaranya selepas pembukaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) .

“Namun, kesesakan itu boleh diatasi jika pihak berwajib melebarkan lagi jalan dengan menambah lorong.

“Masalah berlaku kerana laluan melepasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana hanya satu lorong sedangkan jumlah kenderaan terlalu banyak,” jelasnya.

Tambahnya, pihak berwajib diharap dapat menyelesaikan masalah itu yang bertambah te­ruk sekiranya berlaku kerosakan kenderaan dan kemalangan.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli berkata, tindakan segera perlu dilakukan berikutan penduduk termasuk di Puncak Perdana terbeban dengan masalah kesesakan teruk tersebut.

“Jumlah penduduk juga kian meningkat dengan pembinaan projek perumahan baharu dan pelebaran jalan itu perlu segera dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI