fbpx

FAM dalam proses teliti penggunaan teknologi VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR AZMAN (tengah) bercakap kepada pemberita selepas pengumuman kerjasama FAM bersama HP Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi. - FAM

PETALING JAYA – Harapan peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan pada kempen Liga Malaysia (Liga M) dalam masa terdekat mungkin boleh menjadi kenyataan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, Jawatankuasa Pengadil sedang melakukan ‘gerak kerja’ awal dengan mendapatkan taklimat bagi memastikan teknologi tersebut mampu diaplikasikan di bumi Malaysia.

“Menerusi Jawatankuasa Pengadil memang ada taklimat daripada pengelola VAR antarabangsa seperti Hawk-Eye Innovations dan Mediapro dan mereka telah membuat pembentangan kepada kita.

“Cuma, perkara itu masih di peringkat perbincangan untuk kita muktamadkan kerana ia membabitkan kos dan sebagainya. FAM juga sedang melihat sama ada untuk membelinya atau menyewa teknologi terbabit.

“Secara peribadi, kita memang mahu (gunakan VAR) tetapi perlu ambil kira penggunaannya serta kesesuaiannya. 

“Buat masa ini, kita ambil input dahulu dan kita lihat keperluannya di sini. Apa yang pasti, kita serahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Pengadil untuk membuat penilaian,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman kerjasama FAM bersama HP Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Sebagai rekod, VAR kali pertama digunakan di Malaysia pada perlawanan akhir Piala AFC antara Kuala Lumpur (KL) City FC menentang kelab Oman, Al-Seeb pada 22 Oktober lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengelola Liga M, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini mengesahkan VAR belum sempat untuk digunakan pada kempen Piala Malaysia musim ini termasuk saingan di pentas final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI