NAMA Caprice sejak kebelakangan ini memang tak berhenti diperkatakan umum. Bukan hanya netizen tetapi juga menjadi perhatian golongan agamawan termasuk Mufti Kelantan.
Semuanya disebabkan kelantangannya dalam membantu membongkar kes-kes cabul dalam kalangan individu yang terdiri daripada pendakwah bebas dan selebriti.
Mizz Lahar akui usahanya itu banyak juga membuka mata ramai pihak, cuma ada juga yang berpandangan dia seorang yang suka menempel jika ada isu semasa.
Malas nak komen bab itu tetapi yang lucunya, ada netizen berpendapat dia sepatutnya menjadi peguam atau wartawan.
“Sebenarnya ibu bapa memang mahu saya menjadi seorang peguam.
“Namun saya lari dari rumah kemudian menjadi penyanyi rap dan pejuang untuk masa depan Malaysia,” jawabnya.
Lucu tetapi ada betulnya saranan netizen. Kita tak semestinya menjadi peguam atau pengamal media untuk perjuangkan keadilan.
MIZZ LAHAR: Terfikir soal senarai calon pilihan raya umum, agak-agak siapa artis bertanding!