fbpx

Direman 3 hari gara-gara curi dua beg ayam mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berusia 50 tahun (kiri) direman tiga hari selepas dipercayai mencuri dua beg berisi ayam mentah di sebuah pasar raya di Senai, Kulai semalam.

PONTIAN – Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini kerana mencuri dua beg berisi ayam mentah seberat 3 kilogram (kg) di sebuah pasar raya di Senai, Kulai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan penahanan suspek dalam kejadian tersebut.

Menurut beliau, perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret di Mahkamah Pontian, Nur Azzuin Abdul Moati.

“Lelaki tersebut ditahan di pasaraya berkenaan pada pukul 3.40 petang kerana mencuri dua beg berisi ayam mentah.

“Dia kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI