SEJAK akhir-akhir ini, nama Bella Astillah kerap menjadi bualan netizen lebih-lebih lagi selepas lakonannya sebagai Nuha dalam drama Aku Tanpa Cintamu tular.
Terkini, dia menyita perhatian netizen dengan penampilan yang dikatakan semakin jelita.
Semuanya gara-gara sebuah video yang dikongsi dalam TikTok memaparkan Bella berjalan bersama suami tercinta, Aliff Aziz.
Sekali imbas, memang Mizz Lahar sendiri tak perasan wanita dalam video tersebut Bella. Persis Selena Gomez!
Bukan Mizz Lahar sahaja berpandangan begitu, rupa-rupanya netizen lain pun berfikiran sama.
Semakin jelita dan kelihatan bahagia dia dengan suami. Semoga berkekalan begitu hingga ke akhir hayat hendaknya.
MIZZ LAHAR: Dengarnya ramai tak boleh ‘move on’ lagi dengan konsert Ernie Zakri dan Syamel tempoh hari.