fbpx

Wanita maut ditelan ular sawa semasa menoreh getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa yang dipercayai menelan Jaharah di ladang getahnya ditangkap serta dibunuh oleh pihak berkuasa. - Coconut News

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Jambi, Indonesia disahkan maut ditelan seekor ular sawa selepas hilang ketika menoreh getah di ladangnya pada Ahad lepas, lapor laman Coconut News hari ini.

Mangsa, Jaharah, 54, dilaporkan hilang oleh suaminya apabila tidak pulang dari menoreh getah pada hujung minggu lalu.

Satu pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada polis tempatan dan penduduk kampung pada mulanya hanya menemui sandal, jaket dan pisau Jahrah di atas tanah ladangnya.

“Semasa operasi pencarian, pasukan itu menemui seekor ular sawa gergasi sepanjang tujuh meter yang disyaki telah menelan mangsa,” kata Ketua Polis Betara, Harefa.

Pihak itu kemudiannya menghiris perut ular sawa yang buncit itu dan menemui mayat Jahra yang tidak bernyawa di dalamnya.

“Mayat mangsa berada dalam keadaan sempurna apabila kami menemuinya di dalam ular itu, bermakna dia baru sahaja selesai ditelan oleh ular berkenaan,” jelas Harefa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI