fbpx

SPRM tahan lelaki perdaya pemilik syarikat projek RM730,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas dipercayai memperdaya pemilik sebuah syarikat bagi memperoleh projek pembekalan bahan mentah kering dan basah bernilai RM730,000 pada 2013.

Suspek berusia 35 tahun berkenaan ditahan di pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Menurut sumber, lelaki itu disyaki memperdaya pemilik syarikat terbabit dengan menawarkan kerjasama untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM100,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu esok untuk pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI