fbpx

PRU15: Husam Musa bertanding di luar Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad (tiga dari kiri) semasa Majlis Pelancaran Bendera PH di Bilik Gerakan Utama Harapan Bachok, Kampung Balai dekat Bachok hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

BACHOK – Selepas pengumuman Nik Omar Nik Aziz bakal bertanding di Perak, Pakatan Harapan (PH) Kelantan mengesahkan Datuk Husam Musa pula akan merebut kerusi Parlimen di luar Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH Kelantan, Muhammad Husain berkata, keputusan itu diputuskan berdasarkan strategi PH untuk berdepan PRU15 pada 19 November ini.

“Penghijrahan dua tokoh ini ke luar Kelantan bukan disebabkan masalah dalaman seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Ini adalah strategi kita. Tokoh-tokoh besar (dalam PH) mahu membahagikan begitu (kerusi-kerusi Parlimen) untuk PRU15,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Bendera PH di Bilik Gerakan Utama Harapan Bachok, Kampung Balai di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI