fbpx

Populasi hidupan liar berkurang 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
kepupusan hidupan liar berlaku disebabkan kemusnahan alam semula jadi akibat kegiatan manusia. – Gambar hiasan

SEPANJANG tempoh 50 tahun, jumlah spesies hidupan liar yang dipantau secara dekat telah berkurangan hampir 70 peratus.

Menerusi kajian penilaian yang dikeluarkan oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), masalah tersebut berpunca daripada kemusnahan alam semula jadi akibat kegiatan dan akiviti manusia.

Laporan penilaian itu membabitkan data 32,000 hidupan liar yang merangkumi lebih 5,000 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Ketua Pengarah WWF, Marco Lambertini berkata, pihaknya sangat bimbang dengan data terbaharu yang dikeluarkan itu.

“Data ini menunjukkan penurunan ketara bagi populasi spesies hidupan liar terutamanya di kawasan tropika yang menjadi habitat kepada pelbagai biodiversiti di dunia,” katanya.

Malah, rantau yang kaya dengan biodiversiti seperti di benua Amerika Selatan dan di kepulauan Caribbean turut kehilangan lebih 94 peratus spesies haiwan liar.

Sementara itu, Pengarah Sains di WWF, Mark Wright menegaskan, angka itu adalah sesuatu yang amat menakutkan terutamanya di Amerika Selatan.

“Sudah semestinya kawasan ini (Amazon) terkenal dengan kepelbagaian biodiveristi. Ia juga penting bagi mengawal iklim dunia.

“Ketika ini, kami menganggarkan terdapat kira-kira 150 hingga 200 bilion tan karbon berada di hutan Amazon,” jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI