PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan nama calon-calon berprofil tinggi dan kemasukan tokoh-tokoh pelbagai latar belakang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), petang ini.
Pengumuman itu akan dibuat dalam satu sidang media oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden, Rafizi Ramli menerusi sidang media bertempat di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.
Media sebelum ini melaporkan Anwar memberi bayangan kemungkinan Nurul Izzah Anwar kekal bertanding mempertahankan kerusi yang disandang di Parlimen Permatang Pauh pada PRU15 ini.
Katanya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR itu juga mungkin terus kekal bertanding di kubu kuat PKR itu walaupun ada ura-ura mengatakan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang. – KOSMO! ONLINE