fbpx

Majlis Konvokesyen UMT tangguh, beri laluan PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil keputusan untuk menangguhkan Majlis Konvokesyen kali ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 21 November depan.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, penangguhan itu bagi memberi laluan kepada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung sehari sebelumnya.

“Penangguhan itu memberi ruang kepada semua terlibat termasuk graduan dan ibubapa mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi di kawasan masing-masing dengan lebih selesa.

“Ia sebagai usaha UMT bagi mendukung prinsip demokrasi negara,” katanya di sini hari ini.

Mazlan berkata, pengurusan UMT turut memohon maaf kepada pihak terlibat kerana penangguhan majlis konvokesyen tersebut berada di luar kawalan pihaknya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, tarikh baharu majlis konvokesyen UMT ke-20 berkenaan akan dimaklumkan pada masa terdekat.

“Sebarang maklumat lanjut, mohon rujuk ke laman sesawang majlis konvokesyen UMT,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI