fbpx

Mahkamah: 3 bekas anggota TLDM kekal dipenjara 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan tiga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalani hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian seorang rakan setugas, sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir mereka.

Mahkamah selanjutnya mengeluarkan waran pengkomitan terhadap Muhammad Zahirudin Nordin, 33, Mohd Hood Mad Hasib, 33 dan Muhammad Faidhi Zaini, 32, berkuat kuasa serta merta.

Mereka disabitkan dengan niat bersama menyebabkan kematian Asrup Raidin, 27, di kawasan lagun Stesen Uniform TLDM di Pulau Terumbu Ubi, Labuan pada pukul 7.36 malam, 3 Disember 2013.

Panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Januari 2018 yang menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun.

Pada 29 September 2016, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap mereka.

Hakim Hanipah ketika membacakan keputusan itu berkata, tiada percanggahan yang material di antara keterangan dua saksi mata iaitu saksi pendakwaan kelapan (SP8) dan SP10 yang boleh menjejaskan kes pendakwaan.

Panel itu turut berpendapat, keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mencukupi untuk menunjukkan niat bersama perayu-perayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI