fbpx

Jihan Muse nak rehat dulu, sempat puji Kak Lina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIHAN dan suaminya, Ungku Hariz.

PETALING JAYA – Pelawak dan pengacara, Jihan Muse kini dalam fasa berehat sementara daripada sebarang kegiatan seni bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang dilahirkan awal September lalu.

Perincian keputusan tersebut dikongsikan syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment menerusi satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif LOL Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab berkata, pihaknya sebagai wakil pengurusan memaklumkan selebriti berusia 39 tahun itu kini sedang memperuntukkan masa bersama keluarganya.

“Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kerana dirinya masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula dan kemudian menunggu masa kelahiran anak keduanya.

“Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir.

“Dia juga masih menjalani fasa berpantang ketika ini,” kata Afiq dalam kenyataan berkenaan.

Menurut Afiq, Jihan turut menzahirkan rasa gembira ketika menyaksikan GV9, malah sentiasa mengikuti perkembangan program itu.

Katanya selaku rakan seperjuangan, Jihan berpendapat Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan cara tersendiri.

“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program televisyen yang sentiasa ‘trending’ (sohor kini) dalam semua platform media sosial.

“Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini, malah makin meningkat,” katanya.

Pada masa sama, selebriti itu berharap tidak timbul lagi isu membandingkan sesiapa kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan gaya tersendiri dalam mengacara.

Jihan mula mengendalikan program realiti pertandingan nyanyian tersebut bersama Nabil Ahmad sejak musim pertama iaitu bermula tahun 2015.

Jihan yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dikurniakan dua orang putera.

Selain Ungku Altamis Barr yang dilahirkan pada 6 September lalu, perkahwinan mereka turut diserikan Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI