fbpx

Helikopter terhempas: Enam mangsa selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai helikopter yang membawa enam individu ditemui disebuah kawasan di Cameron Highlands. IHSAN JBPM

BRINCHANG – Tiga mangsa dipercayai cedera parah dalam kejadian helikopter terhempas di sebuah kawasan di Cameron Highlands di sini tengah hari tadi.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tapah tiga lagi mangsa dilaporkan cedera ringan termasuk juruterbang yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas jurucakap terbabit, helikopter tersebut dipercayai membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor.

Katanya, helikopter tersebut ditemui terhempas di sempadan Perak dan Pahang berhampiran Cameron Highlands.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu helikopter milik syarikat swasta berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan maklumat awal terdapat enam mangsa termasuk juruterbang dalam helikopter berkenaan.

“Pada masa ini kawasan helikopter betkenaan jatuh dalam pencarian dan pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Pahang dan Perak telah digerakkan.

“Setakat ini kita telah menjumpai lokasi mangsa dan usaha menyelamat digerakkan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya bomba juga bersedia memulakan operasi pencarian menggunakan helikopter sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI