fbpx

Helikopter terhempas: Biro Siasatan Kemalangan Udara mula siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan helikopter dan mangsa yang terlibat dalam nahas yang berlaku di Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.

PUTRAJAYA – Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia akan memulakan siasatan lanjut membabitkan kemalangan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 di Cameron Highland tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Chester Voo berkata, siasatan itu akan dijalankan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

“CAAM mengesahkan kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 tengah hari tadi.

“Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-SSW itu terbabit nahas berhampiran Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang pukul 1.03 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Beliau berkata, helikopter berkenaan dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn. Bhd. dan berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak pada pukul 12.20 tengah hari.

“Pesawat berkenaan membawa seorang juruterbang serta lima penumpang.

“Pusat Kawalan Operasi Kecemasan (EOC) CAAM dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautial (ARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang telah diaktifkan segera pada pukul 1.11 petang,” katanya.

Menurutnya, unit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat telah digerakkan ke lokasi kejadian 19 minit kemudian dan usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI