fbpx

Eina Azman taja rawatan penyakit kulit kronik Alya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EINA Azman dipuji tidak kekok melayan seorang kanak-kanak bernama Alya yang biarpun dia menghidap sejenis penyakit kulit kronik.

PETALING JAYA – Di sebalik kehidupan glamor sebagai seorang selebriti, tersembunyi kebaikan pelakon Datin Paduka Eina Azman yang tidak diketahui ramai.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 27, menerima pujian ramai apabila beberapa video dirinya melayan seorang kanak-kanak bernama Alya yang menghidapi penyakit kulit kronik tular dalam TikTok.

Difahamkan, isteri kepada usahawan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu menaja sepenuhnya rawatan berjumpa pakar kulit demi mengurangkan bebanan dihadapi kanak-kanak itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Menjengah beberapa video yang di muat naik, kelihatan Eina yang cukup popular dengan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali sangat selesa melayani Alya termasuk membawanya keluar bersiar-siar di pusat beli-belah selain menanggung kos rawatan penyakit kulit dialami.

Dalam video yang dimuat naik, Eina langsung tidak kekok melayani kanak-kanak itu seperti darah daging sendiri termasuklah mendukung dan memegang tangannya.

“Sangat merendah diri. Tetap melayan (kanak-kanak itu) walaupun sibuk. Terima kasih sangat-sangat Datin Eina Azman.

“Terima kasih luangkan masa bawa Alya jumpa pakar kulit. Semoga Allah selalu permudahkan segala urusan, diberi kesihatan dan rezeki yang melimpah-ruah,” tulis seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Dalam satu video dalam TikTok, Eina mendukung kanak-kakak itu dan tidak langsung berasa jijik bersentuhan kulit ke kulit kerana sememangnya, penyakit tersebut tidak berjangkit.

Iktiosis (ichthyosis) merupakan satu penyakit kulit kronik yang menyebabkan menjadi sentiasa kering, bersisik dan tebal.

Nama ichthy berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud ikan kerana kelihatan seakan-akan bersisik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI