fbpx

Dua lelaki dikecam berkelakuan tidak senonoh dalam surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan dua orang lelaki berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah surau.

PETALING JAYA – Tindakan melampau dua orang lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dikecam apabila perbuatan mereka itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman yang dimuatnaik di Twitter rasmi Info Kuala Langat, difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah surau di Pekan Banting, Selangor.

Video berdurasi satu minit 50 saat itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba-raba rakan lelaki di sebelahnya.

Lelaki itu juga kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya selepas dirakam mencium ‘pasangannya’ itu.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu kemudian beredar dari surau berkenaan tidak lama kemudian.

Tinjauan di media sosial mendapati, orang ramai mengecam kelakuan tidak senonoh dua lelaki terbabit dan berharap pihak berkuasa dapat menahan mereka.

“Boleh zoom nampak muka si pelaku kan? Viralkan sampai jumpa, pihak yang berwajib harus ambil tindakan ke atas pelaku ini. Buat malu orang Islam saja,” kata Cik Siti.

“Melampau betul geng LGBT ini,” kata Hazwan.

“Jijik betul. Kalau ya pun macam itu, janganlah dekat situ. Allahu, tak hormat rumah tuhan,” kata Kucen.

“Nasib tak kena panah petir,” kata Faris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI