fbpx

Ashanty buat ubat batuk ramuan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHANTY

GARA-GARA berita tentang ubat-ubatan menjadi punca penyakit ginjal terhadap kanak-kanak, penyanyi Ashanty mengakui terpaksa membuat ubat dengan ramuan semula jadi untuk anaknya.

Isteri kepada penyanyi Anang Hermansyah itu berkata, dia berasa bimbang terutama anaknya Arsy kini sedang mengalami batuk-batuk kerana faktor cuaca yang tidak menentu.

“Arsy harus buat pemeriksaan kerana batuk tidak sembuh-sembuh. Mahu beri ubat sekarang tidak berani,” ujarnya.

Tambah Ashanty, dia memilih untuk memberikan ubat herba daripada bahan semula jadi yang dihasilkan sendiri di dapur rumahnya.

“Saya selalu pakai kunyit putih, jangan pakai yang kuning ya. Halia merah pun bagus juga, tapi kalau tiada, yang biasa pun boleh. Bagus untuk selsema dan batuk” ujarnya.

Ashanty dan Anang Hermansyah yang juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arsy dan Arsya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI