fbpx

1 maut, 1 parah, kereta bertembung langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Ampang, malam tadi.

AMPANG JAYA – Kecuaian salah seorang pemandu yang melanggar lampu isyarat merah menyebabkan seorang pemandu parah manakala seorang maut tercampak keluar daripada kenderaan dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Ampang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semalam sekitar pukul 11.50 malam telah berlaku kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Waja dan Perodua Alza.

Jelasnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Waja bergerak lurus dari Lembah Jaya menuju ke Kuala Lumpur telah melanggar bahagian sisi kiri Perodua Alza yang sedang membelok ke kanan memasuki Bandar Baru Ampang.

“Pelanggaran tersebut telah menyebabkan pemandu Perodua Alza tercampak keluar dari kereta yang dipandu.

“Mangsa berusia 32 tahun dan pemandu Waja berusia 24 tahun telah cedera parah dan dihantar ke Hospital Ampang dengan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, pada pukul 7 pagi tadi, pemandu kereta Perodua Alza telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca dari kecuaian salah seorang pemandu yang gagal mematuhi lampu isyarat merah hingga menyebabkan kemalangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian diminta untuk tampil menyalurkan maklumat dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah binti Abdul Rahim di talian 012-4401093,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI