fbpx

WhatsApp ‘trending’, jadi ejeken dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aplikasi WhatsApp kini ‘trending’ dan menjadi ejekan dunia susulan perkhidmatannya yang tergendala selama lebih satu jam di hampir seluruh dunia.

Tinjauan di media sosial mendapati aplikasi itu menjadi sohor kini (trending) di laman Twitter apabila meraih lebih 800,000 ciapan dibuat menggunakan kata kunci ‘WhatsApp’.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa marah berikutan kerja mereka menjadi tergendala disebabkan masalah tersebut.

“Mengapa aplikasi kamu tidak boleh digunakan? Habis kerja saya tergendala,” ciap seorang pengguna di ruangan komen di akaun Twitter WhatsApp.

“Adakah aplikasi anda sudah digodam? Sudah lebih satu jam aplikasi tidak boleh diakses di Malaysia,” tulis seorang lagi pengguna.

“Perniagaan saya bergantung dengan WhatsApp, sekarang aplikasi anda masih belum boleh digunakan. Jika dalam masa satu jam belum selesai, saya akan saman WhatsApp sebanyak US$1 juta,” kata Baddi.

“Privasi saya kini lebih terjamin di WhatsApp kerana saya langsung tidak boleh menghantar atau menerima apa-apa mesej!,” kata Kandawasvika.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aplikasi milik Meta itu tergendala apabila penggunanya tidak boleh menghantar ataupun menerima sebarang mesej. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI