fbpx

Video pembuli jalan raya di Putatan hanya `content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular pembuli jalan raya yang sebenarnya hanya `content' untuk meraih tontonan

PETALING JAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesan pemilik dua video tular mengenai ‘pembuli jalanan’ yang berlaku di Jalan Putatan, Penampang.

Dua video yang berdurasi 3 minit 35 saat dan 4 minit 3 saat itu dipercayai dimuat naik di media sosial pada 24 Oktober lalu.

Rakaman tersebut menunjukkan pemandu kereta Perodua Myvi membuli pemandu Proton Pesona dengan menggunakan senjata dipercayai besi untuk memukul Proton Pesona.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, hasil siasatan mendapati tujuan video itu dimuat naik di media sosial adalah untuk ‘content’ semata-mata.

“Ia hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah ‘viewer’ yang tinggi.

“Satu kertas siasatan polis telah dibuka di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Mohd Haris menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dalam memuat naik dan berkongsi kandungan di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI