fbpx

Sedondon berbusana putih, Fify Azmi nafi bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO mereka memakai busana sedondon mencetuskan spekulasi Fify dan Nafiez sudah bertunang.

PETALING JAYA – Pelakon Fify Azmi menafikan sudah mendirikan bernikah dengan kekasihnya, Nafiez Zaidi seperti dakwaan ramai susulan tular beberapa foto mereka memakai busana serba putih persis pasangan pengantin.

Fify, 32, memberitahu foto-foto tersebut hanyalah satu ekspresi keterujaan dek pertama kali memakai inai.

Jelasnya, foto dan video yang dikongsinya merupakan momen-momen kegembiraan mereka sempena pernikahan seorang adik kandung Nafiez, Ayu Liyana.

“Kapsyen tersebut bukan memberi bayangan saya sudah bertunang dengan Nafiez tetapi hanya sekadar ingin berkongsi perasaan pertama kali memakai inai.

“Tiada niat pun untuk cetuskan gimik atau prank peminat dengan penulisan sebegitu. Saya tulis a few hours to go itu pun kerana teruja kerana adik Nafiez akan bernikah,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, dia menegaskan tidak akan sesekali merahsiakan berita perkahwinan daripada peminat sekiranya akan mendirikan rumah tangga kelak.

“Memang ramai peminat, ibu saudara, kawan-kawan dan rakan selebriti mesej saya untuk ucap tahniah sebab ingat saya bertunang.

“Takkanlah saya nak sorok kalau benar-benar bertunang atau nikah. Buat apa saya nak berahsia kalau nak kahwin, benda baik,” katanya lagi.

Walaupun diasak dengan pelbagai pertanyaan dan ucapan tahniah, bintang filem Wira itu bersyukur kerana dihujani kata-kata dan doa yang baik buat dia dan Nafiez.

“Bila orang teruja nak lihat kami kahwin, memang lagi bertambah gembira.

“Cuma sekarang belum ada lagi perbincangan untuk bertunang atau kahwin. Masing-masing padat dengan jadual penggambaran.

“Insya-Allah, kami percaya bahawa kalau sudah jodoh, memang tidak ke mana dan kami pun dah kenal dengan keluarga masing-masing,” katanya.

Beberapa hari lalu, Fify mencuri perhatian ramai menerusi sebuah video memaparkan sedang memakai inai sehingga mencetuskan tanda tanya sudah bernikah dengan Nafiez.

Pada Jun lalu, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 32, menerima rombongan merisik keluarga Nafiez di Subang Jaya.

Sebelum itu, hubungan cinta pasangan berkenaan mula dihidu apabila mereka sering hadir berpasangan ke beberapa acara hiburan dan berkongsi foto berdua dalam Instagram sejak tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI