fbpx

Saya tak akan maafkan lelaki yang menyebabkan kematian suami – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarimah (kiri) bersama anaknya, Nur Izzati, 15, ketika ditemui di Parit Tok Ngah. Tanjung Piandang hari ini.

PARIT BUNTAR – Luluh hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya rebah tidak sedarkan diri di halaman rumah jiran setelah terbabit dalam pergaduhan di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang semalam.

Isteri mangsa, Sarimah Ahmad, 51, mengakui bahawa dia sama sekali tidak menyangka pergaduhan antara suaminya, Mahadzeb Salleh, 47, bersama seorang lelaki yang juga penduduk kampung itu berakhir dengan kematian.

“Saya tidak akan memaafkan lelaki tersebut sampai bila-bila dan mahukan keadilan. Diharapkan pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal kepada lelaki (suspek) itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Sarimah menerima sumbangan wang dari Datuk Abdul Yunus Jamahri di kediamannya di Parit Tok Ngah di sini.

Menurutnya, Allahyarham suaminya pernah menceritakan mengenai lelaki berkenaan kepadanya berkaitan dengan masalah buah kelapa sawit sebelum ini.

“Semalam arwah suami terserempak dengan suspek dan berlakunya pergelutan antara mereka berdua. Saya sama sekali tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi,” katanya.

Sarimah yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran berkata, setelah mendapat tahu tentang kejadian itu dari orang kampungnya, dia segera ke lokasi kejadian.

“Semasa sampai di sana, saya melihat arwah suami terbaring tidak sedarkan diri berhampiran motosikalnya. Saya dekati suami dan mendapati dia tidak lagi bernafas, membuatkan hati ini luluh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI