fbpx

PRU15 : Pengundi Cina mahu Nur Jazlan bertanding Parlimen Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kain rentang yang dipasang meminta Nur Jazlan bertanding pada PRU15 di Parlimen Pulai.

JOHOR BAHRU – Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendedahkan beliau diminta untuk kembali bertanding di kerusi Parlimen Pulai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh penduduk kawasan, termasuk oleh komuniti ahli perniagaan kaum Cina.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 itu bagaimanapun memberitahu, komuniti Cina bagaimanapun perlu membuang sikap prejudis dan rasa seolah-olah dipinggirkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu.

Menurut beliau, golongan berkenaan sebenarnya telah mendapat pelbagai manfaat khususnya dalam aspek ekonomi dan pendidikan sepanjang pemerintahan kerajaan BN.

“Minggu lepas ada sekumpulan komuniti perniagaan Cina membuat permintaan secara terbuka untuk saya kembali bertanding di Pulai.

“Mereka mahu ubah keadaan ekonomi, perniagaan dan pendidikan di kawasan Pulai yang didakwa mereka sudah tepu sejak empat tahun di bawah Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan di sini.

Ujar Nur Jazlan, pada PRU14 mereka dibuai PH dengan harapan nasib mereka akan dibela Menteri Kewangan bangsa Cina, tetapi harapan itu hancur.

Jelasnya, ini kerana bekas Menteri Kewangan sebelum ini yang dijulang pengundi Cina mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme.

Tambah beliau, dalam isu pendidikan, komuniti Cina juga ditindas dan dinafikan hak oleh kerajaan PH semata-mata berpandukan kepada perasaan prejudis.

“Tengoklah apa jadi pada UTAR, peruntukan tahunan kepada universiti orang Cina dipotong PH hanya kerana dikatakan projek institusi pendidikan itu diwujudkan MCA.

“Sampai isu pendidikan pun kerajaan PH nak politikkan sesama sendiri, tapi yang jadi mangsanya rakyat,” katanya.

Tambah bekas Ahli Parlimen Pulai itu lagi, pihaknya melihat komuniti Cina mula sedar bahawa PH gagal menunaikan janji mereka untuk membawa perubahan positif kepada sosio ekonomi di Pulai khasnya dan Johor secara keseluruhannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI