fbpx

Perkhidmatan WhatsApp tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkhidmatan aplikasi WhatsApp sedang menghadapi masalah teknikal ekoran pengguna tidak boleh menghantar dan menerima mesej.

Laporan DownDetector menyatakan masalah tersebut dikesan berlaku pada pukul 3 petang tadi.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 400 pengguna perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan tersebut.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 86 peratus pengguna didapati menghadapi masalah tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan berhubung masalah yang dihadapi pengguna itu.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, aplikasi itu bukan sahaja tidak dapat diakses di negara ini, malah turut melibatkan pengguna di Dubai, Amerika Syarikat, Indonesia dan India.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI