fbpx

Lelaki implan cip kad bank di tangan, bayar tanpa wang tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZOKE menjadi individu pertama di Britain yang mendapatkan implan cip kad bank. - JOHN McLELLAN

LONDON – Seorang lelaki menjadi individu pertama di Britain yang mendapatkan implan mikrocip beserta kad bank di bawah kulitnya supaya dia boleh membuat pembayaran menggunakan tangan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Arnie Szoke, 40,  membelanjakan £350 (RM1,877) untuk mendapatkan implan itu di Jerman.

Szoke yang bekerja sebagai pembantu kesihatan bersama agensi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, juruwang dan pelanggan lain di kedai terkejut melihat cara dia membuat bayaran. 

“Orang ramai bertanya bagaimana saya boleh membayar dengan tangan saya. Implan itu kelihatan hebat, tetapi isteri saya tidak mahu memilikinya,” katanya.

Mikrocip itu menggunakan teknologi kad tanpa sentuh dengan medan magnet yang memindahkan data kepada alat pengesan.

Pakar bedah membelah bahagian sisi tangan untuk meletakkan cip keselamatan bersaiz pin yang berukuran setebal setengah milimeter sebelum menjahitnya semula dalam masa lima minit. 

“Cara menggunakan cip itu memerlukan sedikit pembelajaran. Ia seperti kad biasa tetapi anda perlu lebih tepat dengan kawasan yang perlu disentuh. 

“Ini bermakna saya tidak perlu membawa dompet sepanjang masa. Kali terkahir saya menggunakan wang tunai, sebanyak £40 (RM214) telah hilang bersama pas kerja saya,” jelasnya.

Cip berharga £220 (RM1,179) itu dibina oleh syarikat British-Poland, Walletmor. Ia akan tamat tempoh sama seperti kad bank biasa dan Szoke perlu menggantinya dalam operasi kedua dengan kos £130 (RM696) pada 2029. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI