fbpx

KPLB percepatkan bantuan musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek dividen tanam semula komersial kepada wakil pekebun kecil Risda pada majlis Pekebun Kecil Makmur Risda Pahang di Dewan Orang Ramai Kampung Mela di Lipis hari ini.

LIPIS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mempercepatkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara  bagi meringankan beban kesusahan ketika berdepan musim banjir penghujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan sejumlah RM256 juta sudah tersedia dan akan disalurkan kepada pekebun kecil getah termasuk Felda pada bila-bila masa sepanjang empat bulan tempoh musim tengkujuh berkenaan.

“Mulai tahun ini BMT telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini melibatkan 320,000 orang pekebun kecil getah termasuk Felda di seluruh negara yang mula terjejas pendapatan akibat musim banjir.

“Mereka (penoreh getah) yang sudah berdaftar di bawah Risda tidak perlu bimbang dengan hal pembayaran BMT ini. Kerajaan ada duit, kita akan mempercepatkan bayaran berkenaan,”katanya pada majlis Pekebun Kecil Makmur Risda Pahang di Dewan Orang Ramai Kampung Mela di sini hari ini.

Sempena majlis itu, Mahdzir turut menyampaikan cek dividen Tanam Semula Komersial daripada Risda Pahang kepada pekebun kecil dan penduduk Orang Asli serta bantuan di bawah Program Hasil Baharu dan Keusahawanan kepada seramai 30 orang usahawan di Lipis.

Menurut Mahdzir, pemberian BMT tahun ini sebanyak RM800 akan disalurkan masing-masing RM200 menerusi empat peringkat (bulan) iaitu November hingga Februari tahun depan kepada pekebun dan penoreh getah berbanding sejumlah RM600 setiap orang, iaitu RM300 pada November 2022 dan jumlah yang sama pada Disember tahun lalu.

“Kerajaan prihatin dengan kesusahan penoreh getah yang tidak dapat keluar menoreh pada waktu hujan lebih-lebih lagi sejak cuaca tidak menentu mulai pertengahan tahun ini, mereka (penoreh) cuma dapat bekerja selama 12 hari sebulan.

“Jadi menerusi peningkatan BMT kita mengutamakan kebajikan penoreh getah dan Risda sudah pun mempunyai jumlah pekebun dan penoreh getah yang bakal menerima BMT dalam masa terdekat,”katanya.

Dalam pada itu Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pembelaan nasib penoreh getah merupakan antara agenda KPLB yang mana menerusi Risda akan mengkaji setiap keperluan mereka termasuk harga lantai getah.

“Kita sudah pun mengemukakan kepada kerajaan supaya dinaikkan harga lantai getah antara RM3 hingga RM3.50 sebagai jaminan untuk meringankan pendapatan pekebun kecil, penoreh getah dan juga pengusaha kecil komoditi ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI