fbpx

‘Kami ikut prosedur, cuba kenal pasti punca kejadian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saat cemas ketika sebuah feri terkandas di tebing lumpur ketika membawa 547 penumpang keluar dari Langkawi kelmarin.

ALOR SETAR – Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. menafikan kapten dan kru feri tersangkut di beting lumpur di muara Kuala Kedah di sini kelmarin lewat meminta bantuan daripada pihak berkuasa.

Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasinya, Kapten Baharin Baharom, tindakan awal dilakukan oleh kapten feri berkenaan adalah mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan bagi setiap insiden kecemasan di laut seperti itu.

“Kapten feri dan kru terlibat berusaha mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu, itu prosedurnya. Itu termasuk mengenal pasti punca dan cuba menyelesaikannya sebelum meminta bantuan daripada pihak lain.

“Itu sebabnya sebuah tongkang dipanggil bertujuan untuk menunda kapal berkenaan ke jeti. Namun, malang sekali tongkang berkenaan turut tersangkut dan tidak timbul isu lewat minta bantuan,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, insiden ber­kenaan adalah di luar jangkaan kerana keadaan paras air laut di perairan tersebut masih pada tahap selamat iaitu 1.7 meter.

“Apa pun kita masih me­nunggu laporan penuh daripada kapten feri terlibat kerana kita perlu melihat apakah faktornya.

“Pelbagai faktor mempe­ngaruhi insiden itu termasuk adakah feri berkenaan berubah haluan atau mengelak daripada terlanggar tongkang yang me­lakukan kerja-kerja pengerukan di kawasan berkenaan,” katanya.

Dalam insiden pada pukul 2.40 petang kelmarin, seramai 547 penumpang terperangkap di atas feri selepas pengangkutan air itu terkandas di tebing lumpur.

Insiden itu berakhir pukul 9.25 malam selepas ke­semua penumpang diselamatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI