fbpx

Time Voyager ramal Amsterdam musnah, Antartika dihuni 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan meteor diramal berlaku di Amsterdam pada April 2023. - Daily Express

LONDON – Seorang individu yang mendakwa dirinya konon  berasal dari masa depan meramalkan bahawa sebuah bandar utama Eropah akan dimusnahkan oleh meteor awal tahun depan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pengguna TikTok  yang menggunakan nama ‘Time Voyager’ itu  mendakwa mengetahui nasib buruk beberapa negara dalam siri video baharunya.

Menurut akaun tersebut, ibu negara Belanda, Amsterdam akan menjadi bandar pertama yang akan ditimpa malapetaka.

“Perhatian! Ya, saya pengembara masa dan ini adalah dua kejadian utama yang akan berlaku di Belanda.

“Pada 4 Januari 2023, sebuah ‘bunker’ ditemui dan menyimpan rahsia tamadun purba.

“Manakala pada 28 April 2023,  Amsterdam akan dilanggar meteor yang memusnahkan sebahagian besar bandar raya  tersebut,” tulis keterangan video berkenaan.

Akaun  mempunyai lebih  300 ribu pengikut itu juga mendakwa bahawa Australia mungkin berdepan perintah berkurung lebih serius, bukan kerana Covid-19 tetapi disebabkan oleh fenomena perubahan iklim pada 2023.

Selain itu, pengguna TikTok  tersebut turut mendakwa bahawa Benua Antartika tidak lama lagi boleh didiami oleh sebahagian besar manusia.

Video yang membimbangkan itu telah mencetuskan ketakutan dalam kalangan pengguna media sosial kerana ramalannya dianggap terlalu spesifik.

Bagaimanapun, ramai netizen mentertawakan ramalan liar pengembara masa itu dan menganggapnya berita palsu.

“Mungkin dia rasa kita semua dilahirkan semalam untuk mempercayai berita karut seperti ini,” ujar seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI