fbpx

Fenomena Gerhana Matahari Separa berlaku petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerhana Matahari Separa dijangka berlaku pada petang ini.

PETALING JAYA – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) semalam memaklumkan bahawa akan berlaku satu fenomena yang dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa pada petang ini.

Fenomena itu dijangka akan berlaku dari pukul 4.58 petang dan berakhir pukul 9.02 malam waktu Malaysia.

Bagaimanapun, MYSA memaklumkan fenomena tersebut tidak dapat dilihat di negara ini.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana laluan bayang-bayang penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

“Sebaliknya Laluan Gerhana Matahari Separa (Lintasan Bayang Penumbra Bulan) ini akan bermula dari Iceland ke Russia dan akan berakhir di Laut Arab.

“Jadi penduduk yang berada di Eropah, bahagian timur laut Afrika, bahagian timur tengah dan barat Asia akan dapat menyaksikan fenomena alam itu,” katanya di sini.

Jelasnya, fenomena Gerhana Matahari Separa itu berlaku pada 4.2 hari sebelum bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari bumi dengan jarak 368,287 kilometer.

“Gerhana maksimum pada 25 Oktober 2022 ini akan berlaku di hemisfera utara pada koordinat 61° 38′ 55.6″ U, 77° 20′ 44.7″ T apabila 82.11 peratus permukaan matahari diliputi oleh bulan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI