fbpx

EPL: Newcastle masuk kelompok 4 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALMIRON meledak gol kedua Newcastle ketika mereka menewaskan Spurs 2-1 pada aksi kelmarin. – TWITTER NEWCASTLE UNITED

LONDON – Newcastle United terus menampilkan aksi berkua­liti dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur malam kelmarin.

Keputusan itu me­nyaksikan The Magpies me­mintas Chelsea untuk berada di tangga keempat liga menerusi kelebihan jaringan selepas ke­dua-dua pasukan terikat dengan 21 mata.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe percaya skuad kendaliannya mampu melakar pencapaian istimewa musim ini selepas me­nundukkan Spurs yang dianggap sebagai salah sebuah pasukan pilihan dalam saingan liga.

“Saya fikir aksi hari ini (kelmarin) adalah yang terbaik sejak saya menyertai Newcastle. Kami masih berada di awal musim, namun kami sudah menunjukkan satu permainan yang sangat baik.

“Secara jujur, kami masih ada beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan, jadi ini bukanlah pasukan terkuat. Saya tidak sabar untuk menurunkan satu pasukan yang cergas sepenuhnya,” katanya.

Bekas pengurus Bournemouth itu bagaimanapun memberi ama­ran kepada barisan pemainnya supaya tidak terlalu selesa selain menghormati pasukan lain biarpun berada pada prestasi terbaik ketika ini.

“Sudah tentu kami tidak mahu aksi seperti ini bersifat sementara. Saya percaya kami boleh capai sesuatu yang istimewa, tetapi saya tidak mahu pemain-pemain terlalu yakin kerana ia boleh membinasakan,” ujar Howe.

Pada perlawanan itu, Newcastle memperoleh dua gol menerusi jaringan Callum Wilson dan Miguel Almiron, manakala gol saguhati Spurs dijaringkan Harry Kane yang meledak gol ke-10 musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI