fbpx

Diserang Covid-19 tahap 5, Mafarikha bimbang ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAFARIKHA AKHIR

PETALING JAYA – Penyanyi Mafarikha Akhir dimasukkan ke wad kritikal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor selepas dijangkiti Covid-19 tahap lima.

Doktor mengesahkan, Mafarikha diserang virus berkenaan sejak 19 Oktober lalu ketika bercuti di Istanbul, Turkiye bersama suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa.

“Sekarang saya dijangkiti Covid-19 tahap lima. Doakan saya tak ditidurkan. Lapar tapi doktor suruh puasa, tiga hari dah tak dapat makan sebab semua badan ‘reject’. Minum saja boleh.

“Ini hari kedua saya berada di hospital, pertama sejak 2012. Macam dah rasa paru-paru makin okay. Akan turun perlahan-lahan tengok kita boleh terima atau tidak.

“Minum air banyak pun tetap rasa tak minum air. Pecah bibir, gusi bengkak, gigi jadi kasar dan rimas sebab tekak kering. Kena duduk sini sampai boleh masuk wad Covid biasa.

“Saya okey saja cuma paru-paru dengan perut dah banyak air, buah pinggang pun terganggu. Masalah hari ini semua yang saya tak pernah alami. Jadi kita tabah saja dekat wad kritikal hospital. Jururawat juga semuanya baik,” katanya.

Penyanyi berusia 29 tahun itu memaklumkan mengalami muntah serta kondidi badan menggigil pada 19 Oktober iaitu tiga hari terakhir di Istanbul yang disangka hanya berpunca daripada keracunan makanan.

Ia disebabkan suaminya yang tidak menjamah makanan ketika singgah di sebuah restoran di Istanbul itu dalam keadaan sihat.

“Saya ingatkan keracunan makanan dan tiga hari terakhir di sana, saya hanya berehat tidak ke mana-mana. Setiba ke Malaysia hari ini, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Mulanya doktor maklumkan saya menghidap Covid-19 tahap empat apabila scan paru-paru, sudah memasuki tahap lima. Ini kali pertama saya dijangkiti Covid-19,” katanya lagi.

Mafaika yang turut meluahkan terima kasih atas sikap baik hati rakyat Malaysia yang ditemui di Lapangan Terbang Abu Dhabi.

Katanya, mereka cuba membantu meringankan kesakitannya dengan memawarkan ubat-ubatan serta minyak angin apabila melihatnya dalam keadaan lemah.

“Orang Malaysia kat airport Abu Dhabi baik-baik. Mereka tawarkan minyak angin. Harap mereka tak dijangkiti.

“Malah ada seorang mak cik dari Afrika Selatan turut menawarkan saya biskut tetapi saya terpaksa tolak sebab semua (makanan) tak boleh masuk,” kongsi penyanyi Angin itu.

Pada masa sama, artis yang selesa disapa sebagai Mafa itu turut memohon orang ramai dapat mendoakannya supaya segera pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI