fbpx

Anxiety punca Dylan tinggalkan D-Crunch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS hampir setahun menghentikan segala aktiviti seni akibat berdepan masalah serangan kebimbangan atau anxiety, Dylan akhirnya rasmi meninggalkan kumpulannya, D-Crunch.

Perkara tersebut disahkan agensi penyanyi itu, Al Grand Korea dengan memaklumkan tahap kesihatan terkini Dylan.

Katanya, sebelum ini mereka sudah melakukan yang terbaik buat Dylan dengan memberi ruang untuk berehat dalam persekitaran stabil.

Bagaimanapun, nasihat daripada pakar tentang kesihatannya tidak begitu baik, sekali gus menyebabkan agensi tersebut terpaksa melepaskan Dylan.

“Selepas berbincang dengan Dylan dan kedua orang tuanya, kami sedia maklum dan menghormati keputusannya meninggalkan Dylan bermula hari ini (Sabtu lalu),” katanya.

D-Crunch akan meneruskan kemaraan mereka dalam industri dengan baki enam anggota lain.

Pada November tahun lalu, D-Crunch berdepan ‘kegawatan’ apabila seorang ahlinya, Minhyuk mengundur diri, manakala Dylan pula bertarung dengan masalah kesihatan mental.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI