fbpx

Amaran ribut petir di lapan buah negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak lapan buah negeri berdepan amaran ribut petir sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah di Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala di Perak melibatkan daerah Kampar dan Batang Padang,” kata MetMalaysia hari ini.

Dalam pada itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Amaran sama dikeluarkan bagi daerah Jempol di Negeri Sembilan, manakala di Johor amaran dikeluarkan di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Bagi Sarawak pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” ujarnya.

Selain itu katanya, cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar), Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI