fbpx

[VIDEO] Warga emas rugi RM1,100, dirompak ketika sedang berjalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan insiden rompakan yang berlaku melibatkan seorang warga emas di Bachok, kelmarin.

BACHOK – Seorang lelaki tergamak merompak dan melarikan dompet seorang warga emas yang berisi wang tunai sebanyak RM1,100 semasa mangsa sedang berjalan kaki di Kampung Kolam di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semasa lelaki yang berusia 86 tahun itu sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa yang bekerja sebagai buruh ketika itu didatangi seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha LC.

Menurutnya, suspek yang memakai cermin mata hitam, kemeja putih, seluar kelabu dan jaket biru tiba-tiba berhenti di hadapan mangsa.

“Lelaki itu terus meragut dompet berisi wang tunai RM1,100, kad pengenalan dan lesen memandu milik mangsa yang berada di dalam poket hadapan bajunya sebelum melarikan diri.

“Mengikut keterangan mangsa, suspek tidak membawa sebarang senjata. Warga emas itu juga tidak dapat mengecam suspek kerana mengalami masalah rabun dan pendengaran,” katanya.

Menurut Mohamad Ismail, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini kira-kira pukul 2.22 petang kelmarin.

Katanya, polis sudah menjalankan gerakan untuk mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI